Selamat petang kepada semua, kali ini Mrs Bloggirl akan update tentang 'Dropship'
Ok
APA ITU DROPSHIP
1. Dropship adalah satu sistem perniagaan yang hanya memerlukan anda mempromosi produk/barang yang dibekalkan oleh DROPSHIPPER dilaman sosial,laman-laman pengiklanan dan sebagainya. Anda tidak perlu beli stok ataupun menyimpan stok. DROPSHIPPER akan bekalkan gambar produk tersebut. Bila anda dapat order dari pelanggan anda, anda hanya perlu order dari DROPSHIPPER dan DROPSHIPPER akan menghantar produk tersebut untuk anda. Anda jual pada harga pasaran dan anda bayar kami harga agen yg lebih rendah. Bezanya itu adalah komisen yg menjadi milik anda.
CARA DROPSHIP
Anda membuat keuntungan tanpa perlu memikirkan untuk membeli dan menyimpan stok dan bahkan melihat produk-produk tersebut. DROPSHIPPER akan melakukan semua ini untuk anda!
Komisen atau keuntungan yang bakal anda perolehi adalah bergantung kepada usaha anda. Banyak usaha maka banyaklah keuntungan yang anda akan perolehi.
Anda tidak perlu masa yang banyak untuk menjalankan perniagaan kerana hampir semua proses telah DROPSHIPPER lakukan untuk anda. Anda hanya perlu mempromosi produk yang dibekalkan oleh DROPSHIPPER, yang lain-lainnya DROPSHIPPER lakukan untuk anda.
Dropship berfungsi sangat mudah:
1 – Anda pilih apa yang ingin anda jual daripada tempat yang DROPSHIPPER akan update tentang barangan.
2 – Senaraikan produk yang anda pilih itu di Facebook, laman web anda, katalog atau di tempat lain menggunakan foto produk dan keterangan yg disediakan
3 – Apabila ada tempahan ( order ) daripada para pelanggan, anda tempah produk tersebut dari DROPSHIPPER. DROPSHIPPER akan menghantarnya terus ke pelanggan anda menggunakan nama dan phone anda sebagai penghantar. Pelanggan anda akan berfikir barang yang mereka beli datang secara langsung daripada anda.
4 – Anda mendapat keuntungan dengan mudah!
Anda membuat keuntungan tanpa perlu memikirkan untuk membeli dan menyimpan stok dan bahkan melihat produk-produk tersebut. DROPSHIPPER akan melakukan SEMUA ini untuk anda!
Keuntungan bergantung pada usaha dan waktu yang anda gunakan.
Contoh :
Katakan anda jual seluar jeans. Harga sebagai agen dropship adalah RM50 sekali dengan pos. Anda jual pada harga pasaran cadangan RM80 (pembeli bayar kpd anda). Anda hanya perlu bayar kepada DROPSHIPPER RM50(harga dropship). Jadi anda akan dapat untung atau komisen sebanyak RM30 sehelai. Itu baru sehelai. Bayangkan jika anda hanya buat jualan 30 helai sebulan. Setahun sudah berapa keuntungan anda tanpa anda perlu mengeluarkan modal puluhan dan ratusan ribu ringgit untuk membeli dan menyimpan stok. Jadi ringkasannya, pembeli bayar pada anda RM80. Kemudian anda bayar pada DROPSHIPPER RM50 dan hantar order. Untung /komisen RM30 tu anda ambil. DROPSHIPPER akan poskan barangan tersebut dengan secepat mungkin. Berniaga dengan cara DROPSHIP ni senang je.
Sy dah lama jadi agen dropship, banyak jugak untung yg sy dapat buat. Kesimpulannya, anda perlu mencari pembekal/DROPSHIPPER yg boleh dipercayai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan